Kementerian Kerja Raya (KKR) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan pihak yang mengalihkan tanda amaran dan penghadang konkrit di lokasi kemalangan kenderaan utiliti sukan (SUV) di Hulu Terengganu baru-baru ini agar tampil membantu siasatan.














