KUALA LUMPUR – Acara Hong Kong Nostalgia Market anjuran syarikat hartanah terkenal JL99 Group pada hujung minggu lepas telah berlangsung dengan meriah apabila lebih 3,000 pengunjung hadir program selama dua hari itu.
Berkonsepkan nostalgia Hong Kong, acara tersebut menarik perhatian keluarga, anak muda dan peminat budaya retro yang membanjiri ruang galeri jualan.
Hampir 100 gerai serta trak makanan mengambil bahagian dengan menawarkan pelbagai pilihan juadah dan barangan unik dengan rata-rata vendor melahirkan rasa puas hati dengan jumlah pengunjung yang tinggi serta potensi jualan yang meningkat sepanjang berlangsungnya bazar.

“Kita jemput semua pembeli projek mereka termasuk pemilik 99 Residence (Fasa 1) dan 99 Legend (Fasa 2) selain dibuka kepada orang awam.
“Kehadiran yang begitu memberangsangkan turut memberi impak positif kepada galeri jualan apabila ramai pengunjung singgah mendapatkan maklumat mengenai projek 99 Legend Fasa 2 dengan sebahagian besar menunjukkan minat untuk membeli,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pelbagai tarikan disediakan, antaranya zon foto ala Hong Kong, Guess-the-Song Challenge, persembahan terbuka, serta aktiviti mesra kanak-kanak seperti magic show, face painting dan zoo mini.
Tarikan baharu, horse carriage ride percuma yang dibawakan oleh 99 Wonderland Park by JL99 Group turut menjadi tumpuan utama pengunjung selain menjadi antara pengalaman paling popular sepanjang acara.

“JL99 Group sedang mempertimbangkan untuk menjadikan acara seperti ini sebagai program berkala susulan sambutan amat positif daripada masyarakat.

Secara keseluruhan, acara dua hari itu bukan sahaja berjaya membangkitkan suasana nostalgik Hong Kong malah mengukuhkan komitmen JL99 Group dalam mendekatkan diri dengan komuniti sambil memperkenalkan projek hartanah mereka melalui pendekatan kreatif dan inklusif. – MalaysiaGazette

















