Suspek (depan) dibawa ke lokasi kejadian semalam bagi membantu siasatan.

SEBERANG JAYA – Lelaki yang disyaki bertindak membunuh isterinya dan menyimpan mayat wanita itu selama empat hari di dalam bilik tidur pangsapuri mereka di Jalan Tuna, di sini, akan direman pagi ini.

Permohonan reman terhadap lelaki berusia 28 tahun itu akan dilakukan di Mahkamah Majistret  Bukit Mertajam, jam 9 pagi nanti.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail ketika dihubungi mengesahkan perkara tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN

Tak sangka mama mati dibunuh bapa tiri – Anak mangsa

Suami bunuh, simpan mayat isteri 4 hari sebelum serah diri

MalaysiaGazette terdahulu melaporkan, seorang lelaki tampil ke balai polis berhampiran memaklumkan telah membunuh isterinya empat hari lalu di kediaman mereka.

Hasil pemeriksaan polis membawa kepada penemuan mayat wanita itu di dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan dengan kesan kelar pada bahagian leher.

Susulan itu, polis memberkas suspek berusia 28 tahun yang juga pengganggur bagi membantu siasatan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast