Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Bukit Mertajam semalam bagi mendapatkan perintah reman.

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki yang disyaki membunuh dan menyimpan mayat isterinya selama empat hari di kediaman mereka di pangsapuri Jalan Tuna, Seberang Jaya, di sini, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Perintah reman terhadap suspek berusia 28 tahun itu yang bermula hari ini sehingga 18 Disember ini dikeluarkan Majistret J. Savinder Singh bagi membolehkan pihak polis menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang memakai baju lokap polis dan bergari tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 8.45 pagi dengan diiringi anggota polis.

Sementara itu MalaysiaGazette difahamkan, ujian saringan awal mendapati suspek negatif dadah dan cemburu dipercayai motif pembunuhan tersebut.

Bagaimanapun, pihak polis masih menjalankan siasatan bagi mengesahkan punca sebenar.

ARTIKEL BERKAITAN

Suami bunuh, simpan mayat isteri 4 hari sebelum serah diri

Terdahulu media melaporkan, polis menemui sebilah pisau yang dipercayai digunakan suspek untuk membunuh isterinya berusia 44 tahun dalam kejadian di pangsapuri berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, mayat mangsa ditemui selepas suspek tampil menyerah diri kira-kira jam 11.30 pagi dan mengaku melakukan pembunuhan tersebut.

Suspek dipercayai menyimpan mayat isterinya kira-kira empat hari sebelum akhirnya hadir ke balai polis untuk membuat pengakuan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast