KUALA LUMPUR – Wanita lebih kerap menjadi mangsa Love Scam berbanding lelaki, menurut Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan kes dan kerugian akibatnya semakin meningkat setiap tahun.

Sebanyak 977 kes penipuan tersebut pada tahun ini melibatkan kerugian mencecah RM43 juta berbanding 715 kes pada tahun sebelumnya dengan kerugian RM41 juta.

“Sebanyak 37 peratus kenaikan jumlah kes tahun ini dari tahun 2024 dan empat peratus kenaikan jumlah kerugian tahun ini berbanding sebelumnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Sehubungan itu, JSJK menyeru masyarakat sentiasa berhati-hati dalam menjalinkan perhubungan dalam talian.

Jelasnya, antara cara bagi mengelak dan bertindak daripada menjadi mangsa penipuan dalam talian adalah jangan mudah percaya, jangan menghantar wang dan tidak berkongsi maklumat peribadi.

“Jangan terpedaya dengan janji hadiah, dapatkan pandangan orang terdekat dan laporkan jenayah hubungi Pusat Panggilan Kecemasan (NSRC) di talian 997,” ujarnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast