Mohamad Arishh.

NIBONG TEBAL – Polis meminta bantuan orang ramai bagi mengesan seorang remaja lelaki berusia 13 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya sejak Ahad lalu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintenden Jay January Siowou berkata, Mohamad Arishh, seorang Muslim India dilihat kali terakhir dilihat keluar dari rumahnya pada 21 Disember lalu.

“Usaha mengesan remaja terbabit sedang giat dijalankan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat atau ternampak Mohamad Arishh diminta menghubungi pegawai penyiasat, Sarjan D. Surianah Jamlan di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Selatan di talian 04-585 8222 atau 014-869 6851 untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast