KUALA LUMPUR – Tindakan model, Zahnita atau nama penuhnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson menggunakan kasut roda pada trek larian sintetik di Stadium Merdeka mengundang padah apabila menerima kecaman netizen.

Menurut warga net, penggunaan kasut roda di trek larian sintetik akan mengakibatkan permukaan trek yang calar dan tidak rata.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa tidak puas hati dan mempersoalkan tahap kawalan serta peraturan pihak pengurusan stadium terhadap aktiviti pengunjung.

Ada yang berang kerana mendakwa Zahnita tidak faham dan cakna mengenai kepentingan menjaga trek di stadium itu.

Terdahulu, Zahnita menerusi aplikasi Threads memuat naik video bermain kasut roda di trek berkenaan.

Dia turut menyifatkan stadium berkenaan jauh kecil berbanding ketika ketika dia melihat persembahan mendiang, Michael Jackson 20 tahun lalu.

Sehingga kini, pihak pengurusan stadium tersebut belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast