Seorang wanita berjalan melepasi Sekolah Rendah Hwayang di Seoul dalam gambar arkib bertarikh 4 Januari 2024. Sekolah tersebut ditutup pada tahun 2023 akibat kekurangan pelajar baharu. Gambar dari The Korea Times

SEOUL – Sebanyak 4,008 sekolah di seluruh negara ini telah ditutup akibat kekurangan pelajar, kata seorang ahli Parlimen Korea Selatan.

Jin Sun-mee, wakil rakyat daripada Parti Demokratik Korea, penutupan itu melibatkan sekolah rendah, menengah rendah dan menengah atas telah ditutup setakat ini.

Sekolah rendah mencatatkan jumlah penutupan tertinggi dengan 3,674 buah, diikuti 264 sekolah menengah rendah dan 70 sekolah menengah atas.

Sepanjang tempoh lima tahun lalu, sebanyak 158 sekolah telah ditutup, dan 107 lagi dijangka ditutup dalam tempoh lima tahun akan datang.

Mengikut wilayah, Wilayah Jeolla Utara dijangka mencatatkan jumlah penutupan tertinggi dengan 16 sekolah, diikuti Jeolla Selatan (15), Wilayah Gyeonggi (12) dan Chungcheong Selatan (11).

Angka ini mencerminkan penurunan jumlah pelajar yang lebih ketara di kawasan luar bandar berbanding kawasan metropolitan.

Daripada 4,008 sekolah yang ditutup, sebanyak 376 masih tidak digunakan.

Antara jumlah tersebut, 266 sekolah telah dibiarkan tidak digunakan selama lebih 10 tahun, manakala 82 sekolah terbiar selama lebih 30 tahun.

“Sebilangan besar sekolah telah ditutup, dan lebih banyak lagi akan ditutup akibat penurunan jumlah pelajar,” kata Jin yang mahu pelan hala tuju jangka panjang untuk memanfaatkan sekolah-sekolah ini sebagai aset kepada komuniti setempat.

Penurunan jumlah pelajar kini membawa perubahan besar kepada sistem persekolahan di seluruh negara.

Menurut Kementerian Pendidikan Korea Selatan pada Februari lalu, jumlah jawatan guru bagi tahun akademik 2025 telah dikurangkan sebanyak 2,232.

Jumlah guru sekolah rendah dikurangkan sebanyak 1,289, manakala jawatan guru sekolah menengah menurun sebanyak 1,700.

Susulan itu, pejabat pendidikan wilayah dan metropolitan telah melaksanakan langkah sementara, termasuk mengurangkan saiz kelas di beberapa sekolah kepada sekitar 10 hingga 15 pelajar serta menambah bilangan kelas. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast