Datuk Dr Sahruddin Jamal

JOHOR BAHRU – Bekas Menteri Besar Johor, Datuk Dr Sahruddin Jamal pula letak jawatan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Johor mengikut langkah Tan Sri Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PN.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kepong mengumumkan perkara tersebut melalui hantaran dalam Facebook miliknya hari ini.

“Saya dengan ini meletak jawatan sebagai Pengerusi PN Johor.Hilang jawatan MB pun saya 😊, letak jawatan pengerusi PN lagilah saya suka.

Mengulas lanjut keputusan itu, bekas berkata, tindakannya itu menyusul selepas peletakan jawatan Muhyiddin di peringkat Pusat.

“Saya mudah sahaja, bila pimpinan Pusat letakkan jawatan, (dan) saya dilantik oleh Tan Sri (Muhyiddin). Bila beliau letak jawatan, saya pun letak (jawatan PN Johor).

“Jadi saya minta pimpinan Muafakat Nasional (MN) lantik Pengerusi PN baharu di Johor,” katanya memaklumkan status Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Pagoh serta kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu di kawasan itu tiada perubahan.

Sahruddin berharap pelantikan jawatan Pengerusi PN Johor kelak akan dapat memastikan PN menang lebih banyak kerusi di Johor.

“PN Johor ok, tiada pergolakan. PN Johor sangat bagus. Kita baru mesyuarat dua minggu lepas dan ianya berjalan baik.

“Peletakan jawatan ini tiada kena mengena dengan Johor,” ujar Pengerusi Badan Pimpinan Negeri (BPN) Bersatu Johor itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast