Logo Permodalan Nasional Berhad

KUALA LUMPUR – Permodalan Nasional Berhad (PNB) menerbitkan sukuk boleh tukar bercagar bernilai AS$300 juta (sukuk boleh tukar) melalui sebuah syarikat tujuan khas (SPV) yang diperbadankan di Labuan, iaitu Lunas Capital II Ltd., dengan Lunas Capital I Ltd., sebuah syarikat tujuan khas yang diperbadankan di Labuan, sebagai pihak yang berkewajipan (obligor).

Sukuk boleh tukar tersebut merupakan satu inisiatif strategik yang dirangka untuk memperkukuh kepelbagaian portfolio melalui pengumpulan hasil dalam mata wang asing bagi pelaburan dalam aset global, khususnya sukuk global.

Tawaran bersejarah ini akan ditukar kepada saham biasa Gamuda Berhad (saham asas), sebuah syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur yang mempunyai operasi di seluruh Asia, Australia dan United Kingdom.

Hasil daripada tawaran ini akan diperuntukkan untuk pelaburan dalam aset sukuk global dengan gred pelaburan yang  didenominasikan dalam dolar Amerika Syarikat (AS$).

Cadangan penerbitan sukuk boleh tukar ini, dengan hasil yang akan diperuntukkan untuk pelaburan dalam aset sukuk global dengan gred pelaburan yang mematuhi syariah dan didenominasikan dalam AS$, menurut PNB.

Selain itu, sukuk boleh tukar ini juga berfungsi sebagai lindung nilai semula jadi terhadap mata wang bagi pelaburannya dalam aset sukuk global yang didenominasikan dalam AS$.

Presiden & Ketua Eksekutif Kumpulan PNB berkata, Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata, tawaran sukuk boleh tukar ini membolehkan firma pelaburan itu memanfaatkan nilai pegangan ekuiti domestik, mengurangkan risiko pertukaran asing, serta menyediakan kepelbagaian yang lebih besar selaras dengan Perumpukan Aset Strategik di bawah Pelan Strategik LEAP 6.

“Secara keseluruhannya, langkah ini selaras dengan komitmen kami untuk mencapai prestasi secara berhemat, disokong oleh tadbir urus yang rapi dan pengurusan risiko yang mampan, seterusnya memastikan nilai jangka panjang bagi para pemegang unit,” ujar beliau dalam kenyataan hari ni.

Sukuk ini mempunyai tempoh matang selama lima tahun, dengan pilihan jual untuk pelabur yang boleh dilaksanakan pada akhir tahun ketiga.

Kualiti kredit sukuk boleh tukar ini dipertingkatkan melalui cagaran yang disediakan oleh Lunas Capital I Ltd. bagi pihak pemegang sukuk ini, yang merangkumi saham asas serta aset sukuk global yang didenominasikan dalam AS$.

Kualiti kredit yang kukuh, dipadankan dengan asas yang mantap bagi saham asas, membolehkan sukuk boleh tukar ini ditawarkan dengan kadar keuntungan yang menarik iaitu sifar peratus dengan premium pertukaran sebanyak 10%.

Tawaran ini mendapat sambutan positif daripada komuniti pelabur berkaitan ekuiti, termasuk pelabur jangka panjang dan pelbagai strategi di seluruh Asia dan Eropah.

Malah, tawaran ini dijangka dapat meluaskan landskap instrumen boleh tukar yang diniagakan secara global di Malaysia serta menyokong pertumbuhan dan kecairan pasaran modal domestik.

CIMB dan J.P. Morgan bertindak sebagai pengurus utama tawaran bersama dan pengurus utama bersama bagi transaksi ini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast