Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah bercakap kepada wartawan selepas menghadiri Persidangan Perhimpunan Agung UMNO sempena Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto SADIQ SANI, 16 JANUARI 2026

KUALA LUMPUR – Penyatuan orang Melayu hanya boleh dijayakan sekiranya semua yang terlibat dalam Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa saling ikhlas dan mempunyai strategi yang tepat dan berkesan.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, dalam masa yang sama penyatuan orang Melayu memerlukan perubahan dan cara pemikiran yang mampu memajukan parti politik.

Ini kerana, orang Melayu pada hari ini mempunyai pemikiran yang saling berbeza.

“Apabila kita ada keikhlasan kemudian kita susuli dengan kita punya strategi yang betul dan pemain-pemain politik dalam parti ini juga mesti yang betul ikhlas dan mempunyai kelebihan.  Kalau kita tidak ada talent maka akhirnya partinya hanya sekejap sahaja.

“Yang paling penting ialah kita perlu berubah, mencari dan memberi peluang kepada mana-mana kelebihan-kelebihan atau bakat baru dalam kalangan orang-orang Melayu yang mempunyai pemikiran hebat untuk ke hadapan bersama-sama dalam parti.

“Sebab kita tidak pernah lagi ke politik macam mula-mula kita merdeka dulu,” katanya Ketika ditemui selepas Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025, hari ini.

Beliau mengulas pengumuman Ahmad Zahid mengenaip penubuhn Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa bagi menerima kemasukan atau penyertaan semula mana-mana pihak baik secara individu atau secara en bloc ke dalam parti itu.

Katanya, usaha itu selaras dengan peranan dan tanggungjawan UMNO sebagai `rumah bangsa’ iaitu medan untuk menyatukan kembali orang-orang Melayu.

Mengulas lanjut, Johari menyifatkan ucapan Presiden UMNO itu sebagai harapan baharu bukan saja kepada parti berkenaan malah orang Melayu keseluruhannya.

“Kalau mahu bersama-sama kita akan mencari perubahan baharu dalam diri dengan mengambil kira negara ini telah merdeka 68 tahun maka ekspektasi rakyat Melayu khususnya telah banyak berubah dan dalam masa hampir 80 dekad ini.

“Sudah tentu itu satu perubahan yang sangat besar, perlu kita ambil dan mengambil kira pandangan-pandangan generasi muda ini,” tambahnya.

Sementara itu, Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah pula menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa adalah menepati kehendak perubahan landskap politik semasa yang perlu diadaptasi.

Katanya, ia merupakan idea yang baik untuk mengembalikan parti-parti Melayu yang sebelum ini berasal daripada UMNO supaya kembali demi kepentingan kaum itu.

“Dalam meletakkan UMNO kembali menjadi parti yang penting khususnya kepada orang Melayu, presiden menekankan perlunya UMNO dilihat sebagai parti yang benar-benar mewakili orang Melayu secara keseluruhan.

“Sebab itu dilontarkan idea yang cukup baik, memperlihatkan kesungguhan dan keikhlasan Presiden UMNO untuk mengajak kembali orang Melayu yang terpecah dan terpisah yang asalnya daripada UMNO dan kemudian menubuhkan parti-parti lain kembali kepada parti ini untuk mewujudkan parti besar mewakili parti Melayu.

“Namun, pada masa sama kita kekal menjaga kepentingan kaum dan bangsa lain,” tambahnya. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. orang ii melayu tidak akan boleh bersatu..selagi ada manusia hanya fikir pasal pangkat dan duit semata kedudukan…dunia hanya semntara bro

Comments are closed.