M. Kumar

KUALA LUMPUR – Sebanyak tiga laporan diterima polis  membabitkan bekas wartawan Free Malaysia Today (FMT), susulan soalan kontroversi yang dikemukakannya dalam satu wacana awam pada Isnin lalu.

Pengarah Jabatan Siastaan Jenayah (JSJN) Bukit Aman, Datuk M Kumar berkata, lelaki berusia 30 tahun itu telah ditahan sekitar jam 12 tengah malam tadi bagi membantu siasatan.

Menurutnya, tangkapan dan siasatan terhadap individu itu dibuat oleh sepasukan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, JSJN Bukit Aman berkait kenyataan dalam wacana terbuka pada 12 Januari lalu mengenai isu Palestin dengan membandingkan keadaan perkauman di Malaysia.

“Berikutan itu, kes disiasat di bawah Seksyen Hasutan 1948, Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1988.

“Keadaan ini sekali gus mencermin kegusaran terhadap orang awak terhadap isu tersebut” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, tindakan tegas tanpa kompromi akan diambil terhadap mana-mana indivdiu yang dipercayai menimbulkam hasutan setta permusuhan dalam kalangan masyarakat dan siasatan menyeluruh akan dijalankan mengikut peruntukan undang-undang sedia.

“Orang ramai juga dinasihatikan agar sentiasa berhemah dan bertanggungjawan dalam memgeluarkan sebarang kenyataan atau kandungan di ruang awam serta media sosial,” jelasnya.

Terdahulu, peguam mewakili Rex, Rajsurian Pillai mengesahkan penahanan itu sebaik wartawan terbabit hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

Katanya, individu terbabit telah direman sehari oleh Majistret Farah Nabihah di Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – MalaysiaGAzette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast