Gambar hiasan

KUCHING – Polis mengesahkan seorang wanita tempatan berusia 40 tahun mengalami kerugian lebih RM330,000 selepas terperdaya sindiket penipuan pelaburan saham pada Disember tahun lepas.

Ketua Polis Daerah Kuching ACP Alexson Naga Chabu berkata, mangsa tertarik untuk melabur dalam pelaburan saham tidak wujud yang ditemukan menerusi iklan di Facebook.

“Mangsa kemudiannya menerima satu pautan untuk memuat turun aplikasi pelaburan sebelum dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp pelaburan.

“Mangsa yang mempercayai skim itu telah membuat pembayaran secara berperingkat ke dalam tiga akaun bank syarikat berbeza, melibatkan 22 transaksi pemindahan wang secara dalam talian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Alexson berkata, mangsa mula menyedari dirinya ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungan pelaburan yang dipaparkan dalam akaun aplikasi berkenaan dan mengalami kerugian berjumlah RM339,486.

Beliau berkata, kes kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast