Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad.

KUALA LUMPUR – Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 yang berakhir Sabtu lalu bukan sekadar perhimpunan tetapi simbol iltizam untuk parti itu terus bangkit, perkukuh perjuangan dan mendepani cabaran masa depan bersama.

Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, sepanjang perhimpunan, beliau dapat menyaksikan perwakilan pembahas melontarkan pandangan dan hujah dengan jujur, ikhlas dan penuh dedikasi.

Semuanya demi melihat masa depan UMNO yang lebih kukuh dan berwibawa.

“Yang menarik, segala perbezaan pandangan diterima dengan hati terbuka dan setiap teguran diambil sebagai pengajaran.

“Semangat kebersamaan jelas menjadi teras perjuangan kita, terutama dalam menghadapi arus politik yang semakin mencabar,” katanya menerusi laman sosial Facebook beliau hari ini.

Tambah Noraini, di sebalik melabuhkan tirai dengan tekad yang diperbaharui, beliau turut berharap para perwakilan PAU 2025 pulang ke destinasi masing-masing dengan membawa seribu makna dan memperkukuh semangat juang demi agama, bangsa dan tanah air. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast