Datuk Fahmi Fadzil

SHAH ALAM – Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berhak menyuarakan cadangan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa kerana ia tidak melanggar undang-undang negara ini.

Bagaimanapun, Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil berkata, beliau sehingga kini belum menerima maklumat cadangan tersebut secara terperinci.

“Saya belum dapat apa-apa maklumat daripada Setiausaha Agung setakat ini. Itu hak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak menjadi satu kesalahan dalam undang-undang negara kita untuk membangkitkan soalan (cadangan) seperti itu,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kenderaan Autonomi Pos Malaysia di sini hari ini.

Terdahulu, Ahmad Zahid mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Penyatuan Rumah Bangsa ketika menyampaikan ucapan dasar pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2025 baru-baru ini.

Jelas Ahmad Zahid,  jawatankuasa itu untuk meneliti penyertaan semula mana-mana bekas ahli parti itu yang dilakukan secara individu atau en bloc.

Fahmi dalam masa yang sama melihat cadangan tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada parti-parti politik yang lain.

“Saya juga ambil maklum beberapa parti politik telah sama ada dengan terang-terangan atau halus memberi jawapan kepada Presiden UMNO ini kita lihat ada yang menggunakan perkataan-perkataan seperti syaitan bisu, tidak ada mandat.

“Jadi saya nampak ini satu perkembangan yang sedang berlaku dalam politik negara kita,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast