Cadangan pelaksanaan kemasukan murid berusia enam tahun ke Tahun 1 sekolah rendah terus mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan ibu bapa di seluruh negara.
Tinjauan MalaysiaGazette mendapati sebahagian ibu bapa menyuarakan kebimbangan mengenai kesediaan kanak-kanak, tahap fokus, penguasaan kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M) serta beban kewangan sekiranya kemasukan awal dilaksanakan.















