Chen Tang Jie-Toh Ee Wei

KUALA LUMPUR – Beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee We mengesahkan kemaraan ke pentas akhir Masters Indonesia 2026 selepas mengejutkan pasangan nombor dua dunia dari China, Jiang Zhen Bang-Wei Ya Xin, pada aksi separuh akhir di Jakarta hari ini.

Juara dunia itu tampil cemerlang dengan kemenangan straight set 21-17, 21-12 dalam tempoh 33 minit pada perlawanan yang berlangsung di Istora Senayan.

Menanti gandingan ranking keempat dunia itu di pentas akhir ialah pemenang satu lagi perlawanan separuh akhir antara pasangan tuan rumah, Jafar Hidayatullah-Felisha Alberta Nathaniel Pasaribu, atau wakil Denmark, Mathias Christiansen-Alexandra Boje.

Dalam kategori perseorangan wanita, cabaran pemain negara K. Letshanaa bagaimanapun terhenti di peringkat separuh akhir selepas tewas kepada wakil Thailand, Pitchamon Opatniputh, 15-21, 17-21. – BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast