MANILA – Sebuah feri yang membawa lebih 350 orang di atas kapal tenggelam di selatan Filipina tengah malam tadi dan pasukan penyelamat telah menyelamatkan sekurang-kurangnya 215 penumpang serta menemui tujuh mayat.

Jumlah ini disahkan oleh pegawai pengawal pantai.

Semasa kejadian, feri kargo, M/V Trisha Kerstin 3 dan penumpang sedang belayar dari bandar pelabuhan Zamboanga menuju ke Pulau Jolo di selatan wilayah Sulu dengan membawa 332 penumpang dan 27 anak kapal.

Dalam pelayaran itu, feri berkenaan dipercayai mengalami masalah teknikal sebelum tenggelam.

Gabenor wilayah Kepulauan Basilan yang terletak berhampiran lokasi feri itu terbalik memberitahu penumpang dan dua mayat telah dibawa ke Isabela, ibu negeri wilayah tersebut.

“Saya sedang menerima 37 orang di jeti di sini. Malangnya dua daripadanya telah meninggal dunia,” kata Mujiv Hataman dari jeti Isabela.

Usaha mencari dan menyelamat sedang dijalankan dalam keadaan cuaca baik di perairan luar wilayah Basilan oleh pengawal pantai dan tentera laut Filipina, dibantu oleh sebuah bot nelayan. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast