Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menyantuni pelajar MRSM tun Ghazali Shafie ketika lawatan mengejutnya semakam

LIPIS – Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghazali Shafie di sini diberi peruntukan RM20,000 bagi tujuan baik pulih fasiliti di asrama pelajarnya.

Perkara itu diumumkan Pengerusi MARA, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki selepas lawatan mengejut ke institusi pengajian itu petang semalam.

“Ini merupakan MRSM yang ke-52 yang telah saya lawati dalam siri turun padang bagi melihat dan meninjau keadaan fasiliti di sini.

“Sempat untuk ke dewan selera, asrama, tandas-tandas, bilik darjah, bangunan akademik serta berinteraksi bersama pelajar mengenai penambahbaikan yang perlu dilakukan di maktab ini. Alhamdulillah semua dalam keadaan yang baik namun ada beberapa fasiliti perlu ditambah baik.

“Saya juga mengumumkan peruntukan sebanyak RM20,000.00 bagi baik pulih tandas-tandas di asrama pelajar demi keselesaan buat anak-anak di sini,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini.

Beliau dalam masa sama berharap agar pelajar di MRSM tersebut dapat menjalani pembelajaran dengan keadaan selesa dan kondusif supaya dapat melahirkan generasI MARA yang berjaya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast