Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hadir pada Taklimat Presiden sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2025 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL). Foto MOHD ADZLAN, 14 JANUARI 2026.

KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh mempersoalkan cabaran Parti Amanah Negara (Amanah) Johor yang mahukan UMNO Johor meletak Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi dan beliau sebagai poster boy Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri (PRN).

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Merlimau berkata, kawasannya dalam negeri Melaka, bukan Johor, jadi nak cabar UMNO Johor letak ADUN Melaka jadi Menteri Besar Johor macam tak betul.

“Dan satu lagi nak cabar UMNO Johor letak Onn Hafiz poster boy dah kenapa, dah memang dia MB Johor sekarang bukan sekadar poster boy jer mat. Adehhh kesian dia ni,” katanya.

Beliau menjawab cabaran Ahli Jawatankuasa Pimpinan Amanah Johor, Fadhli Umar Aminolhuda yang membuat cabaran tersebut semalam.

Fadhli berkata, poster boy BN itu boleh diletakkan khususnya di kerusi-kerusi campuran dan majoriti bukan Melayu seperti kawasan Yong Peng dan Pekan Nanas.

“Cabaran ini saya kemukakan secara terbuka. Saya harap UMNO dan BN Johor berani menyahutnya,” katanya.

Exco Pemuda Amanah Pusat itu berkata, cabaran tersebut dibuat selepas kenyataan Ketua Pemuda UMNO Johor, Noor Azleen Ambros berhubung isu poster boy atau calon Menteri Besar Johor daripada Pakatan Harapan (PH) pada PRN nanti. – MalaysiaGazette

Amanah cabar UMNO Johor letak Onn Hafiz, Dr. Akmal poster boy BN pada PRN

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast