Huzaifah yang dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Melayu, Kluang sejak November 2025.

KLUANG – Polis sedang mencari seorang remaja perempuan warga Rohingya yang dilaporkan hilang sejak November lalu selepas tidak pulang ke rumahnya di Kampung Melayu dekat sini, hingga hari ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, satu laporan diterima pihaknya berkaitan kehilangan remaja berkenaan, Huzaifah Nur Islam yang berusia 14 tahun.

“Remaja berkenaan yang memegang kad UNCHR 51203C01270 tinggal di Nombor 38, Lorong 3, Jalan Dahlia, Kampung Melayu mempunyai ketinggian kira-kira 151 cm dengan kulit berwarna coklat.

“Kali terakhir remaja itu dilaporkan memakai berbaju-T warna hitam, seluar jeans biru serta bertudung namun tidak dinyatakan punca kehilangannya.

“Orang ramai yang mengetahui atau mempunyai maklumat berkaitan remaja perempuan ini diharapkan dapat melaporkannya kepada mana-mana balai polis berdekatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya melalui kenyataan hari ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast