KUALA LUMPUR- Polis mengesahkan Penyelaras Gerakan Anti-Rumah Anutan Haram (GARAH), Zamri Vinoth ditahan berhampiran kompleks beli-belah Sogo di sini, malam ini.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, selain Zamri terdapat beberapa individu lain yang turut ditahan.
“Saya sahkan tangkapan Zamri Vinoth bersama penama-penama yang lain. Saya akan beri perinciannya esok,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, portal ini melaporkan beberapa individu dipercayai peserta himpunan Gerakan Anti Rumah Anutan Haram (GARAH) ditahan di hadapan kompleks beli belah, Sogo sebelum demonstrasi itu bermula, malam ini.
ARTIKEL BERKAITAN
Tinjauan Malaysia Gazette di lokasi mendapati, kejadian berlaku semasa anggota polis cuba menghampiri kumpulan peserta demonstrasi untuk memberikan nasihat.
Namun, terdapat seorang lelaki dilihat enggan beredar mengakibatkan berlaku ketegangan.
Dia kemudiannya dibawa anggota polis beredar dari kawasan tersebut dipercayai untuk tindakan lanjut.
Pihak polis turut memberi peringatan terhadap individu yang tidak mempunyai urusan di kawasan sekitar kompleks membeli-belah itu supaya beredar sebelum seorang wanita ditahan tidak lama kemudian.
Himpunan berkenaan tidak mendapat kebenaran untuk menyuarakan kebimbangan terhadap isu pembinaan rumah anutan haram yang dilihat semakin berleluasa di seluruh negara itu tidak mendapat kebenaran polis atas faktor keselamatan awam.
-MalaysiaGazette

















Kenapa nak ditahan? Bukankah mahkamah persekutuan benarkan perhimpunan aman? Mrk ada bawa senjata kaa? ini hak rakyat yg dijamin dlm perlembagaan. Dan kenapa polis tak tangkap penceroboh tanah haram?? padahal sah2 mereka melakukan kesalahan jenayah.. dasar kerajaan mmg sokong penceroboh tanah haram kaaa?? rakyat tanya ni