Sebuah apartment Residensi Adelia di Persiaran Bangi Avenue, Kajang hangus dalam kebakaran gara-gara disyaki mercun yang disimpan meletup kira-kira jam 10.40 malam, pada Ahad.

KAJANG – Sebuah apartment Residensi Adelia di Persiaran Bangi Avenue di sini dijilat api 80 peratus gara-gara disyaki mercun yang disimpan di dalam kediaman tersebut meletup kira-kira jam 10.40 malam, semalam.

Penolong Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 10.42 malam.

Anggota bomba sedang memadamkan kebakaran melibatkan sebuah apartment di Residensi Adelia di Persiaran Bangi Avenue, Kajang, pada Ahad.

Kemudian sepasukan 13 anggota dan tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bangi dan BBP Semenyih dikerahkan ke tempat kejadian selepas 13 minit menerima panggilan mengenai kebakaran itu.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan I, Mohd Fadzli Jusni mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis apartment berkeluasan 1,200 kaki persegi.

Sebuah apartment Residensi Adelia di Persiaran Bangi Avenue, Kajang hangus dalam kebakaran gara-gara disyaki mercun yang disimpan meletup kira-kira jam 10.40 malam, pada Ahad.

“Kebakaran berlaku di tingkat lapan, di bahagian bilik yang menempatkan bahan letupan (mercun) hangus kira-kira 80 peratus,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Ahmad Mukhlis berkata, setelah api berjaya dikawal pada jam 11.19 malam, komander operasi juga mendapati terdapat mercun di keseluruhan kawasan apartment terbabit.

“Kebakaran telah berjaya dipadamkan dan kerja-kerja overhaul sedang dijalankan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast