Mayat lelaki lemas di Paloh Hinai ditemukan kira-kira jam 5.45 petang semalam

KUANTAN – Mayat Mohamad Yusof Abdullah, 19 yang hilang selepas terjatuh di Sungai Pahang dekat Kampung Tebat, Paloh Hinai, Pekan, Pahang ditemukan petang semalam.

Ketua Polis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, jenazah ditemukan pada jarak 900 meter dari lokasi mangsa dipercayai jatuh.

“Untuk makluman, mangsa yang lemas telah dijumpai jam 5.45 petang,” katanya ringkas kepada pemberita.

Beliau berkata, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Pekan untuk bedah siasat dan tindakan lanjut.

Terdahulu, beliau memaklumkan kejadian tersebut disaksikan seorang nelayan yang sedang menjala di kawasan berhampiran.

Hasil siasatan awal, beliau dimaklumkan mangsa diserang sawan semasa berada di tepi sungai berdekatan sangkar ikan patin lalu terjatuh ke dalam sungai. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN

Operasi SAR lelaki lemas di Sungai Pahang disambung pagi ini

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast