KUALA LUMPUR – Operasi mencari dan mengesan (SAR) seorang lelaki yang dikhuatiri lemas di sangkar ikan patin di Sungai Pahang dekat Kampung Tebat Paloh Hinai disambung semula pagi ini
Ketua Polis Daerah Pekan, Superintenden Mohd Zaidi Mat Zin, berkata, Balai Polis Paloh Hinai, Pekan menerima maklumat kehilangan mangsa, Mohamad Yusof Abdullah, 19, pada jam 1.15 tengah hari semalam.
Kejadian itu disaksikan oleh seorang nelayan yang sedang menjala di kawasan berhampiran.
Hasil siasatan awal, polis dimaklumkan mangsa diserang sawan semasa berada di tepi sungai berdekatan sangkar ikan patin lalu terjatuh ke dalam sungai.
Susulan itu, operasi SAR telah digerakkan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan penduduk setempat petang semalam.
Namun, setakat semalam mangsa belum ditemui. – MalaysiaGazette
















