KUALA LUMPUR – Seorang lelaki Pakistan direman tiga hari bermula semalam bagi membantu siasatan kes pecah masuk dan curi tabung Masjid Azzubair Ibn Awwam, Taman Ikhlas di Cheras.
Lelaki lewat 20-an itu ditahan oleh polis pada 10 Februari lalu di sekitar kawasan masjid berkenaan.
Polis Ibu Pejabat Kontinjen Cheras berkata, pihaknya menerima laporan kes berkenaan pada 8 Februari lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette
















