Polis menjalankan siasatan di sebuah rumah di Kampung Makam, Kota Tinggi, hari ini susulan kematian seorang wanita.

KOTA TINGGI- Seorang wanita hamil tujuh bulan maut dibunuh suaminya dengan menggunakan lesung batu di rumah sewa mereka di Kampung Makam di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu diterima pada pukul 7 pagi.

Susulan itu katanya, pihak polis mengesan suaminya dan berjaya menahan suspek yang berusia 35 tahun di sekitar lokasi kejadian pada pukul 7.30 pagi.

“Siasatan awal mendapati kejadian berlaku pada pukul 3 pagi. Mangsa berusia 34 tahun bersama-sama suaminya merupakan etnik Rohingya,” katanya ketika dihubungi.

Jelasnya, mangsa ditemui meninggal dunia dalam bilik sebuah rumah sewa di tingkat dua, dipercayai akibat kecederaan parah di bahagian kepala selepas dihentak dengan objek tumpul yang disyaki lesung batu.

Yusof berkata, mayat mangsa di bawa ke Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast