Drama Bisik Asrama sebanyak 20 episod ini menampilkan gandingan hebat Zul Ariffin, Sophia Albarakbah dan Uqasha Senrose
KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun menegur sebuah drama Melayu yang cuba memaparkan adegan berunsur lucah secara halus di kaca televisyen untuk tatapan masyarakat.
Beliau berkata, apa yang mengecewakan, drama yang disifatkan tidak bermoral itu disiarkan menjelang Ramadan di mana terdapat adegan yang memalukan dan meloyakan.
“Drama tak bermoral dan ala ala ‘Soft porn’ seperti ini makin menjadi-jadi, lagi bila kita sudah di ambang Ramadhan..ia amat memalukan dan meloyakan. saya tak tengok drama ini, cuma sedutan pendeknya asyik melintas je di medsos, dengan dialog dan adegan ke arah layan bayangan ‘Bisikan Hawa Nafsu Asmara’.
“Sebenarnya apa mesej baik nak disampaikan ? Nak cerita bagaimana curang dan sondol tu bermula ? Nak didik masyarakat supaya jangan curang ? Atau nak bagi amaran kepada para penyondol? Atau lepas ni dua dua menyesal sebab akan ada kesudahan yang beri pengajaran? Jadi penonton kena sabar dulu ? Jangan judge jangan buat kesimpulan awal.. dll,” tulis di Facebook miliknya di sini.
Pendakwah bebas, Ustazah Asma’ Harun.
Asma’ menambah, apa juga mesej yang ingin disampaikan penerbit, matlamat tidak menghalalkan cara yang haram.
Ini kerana katanya, para pelakon yang terlibat juga adalah beragama Islam yang tidak mengambil kira dosa apabila bersentuhan antara satu sama lain.
“Dan untuk sampai kepada kesudahan dan mesej yang kamu rasa bagus itu, penerbit, pengarah, para pelakon yang muslim, yang dah faham hukum hakam bahawa Haram pegang, sentuh, peluk walau berlapik antara Ajnabi (lelaki perempuan asing), apatah lagi tanpa berlapik dan semua ayat ayat ke arah Asmara Haram ni.. semuanya adalah maksiat dan dosa.
“Jelasnya apapun matlmat yang baik.. tidak menghalalkan cara yang haram. Selebihnya boleh baca komen di posting di bawah, semua menegur dan marah dengan drama ini,” katanya.
Bisik Asmara merupakan drama yang sarat dengan emosi yang mengangkat tema kesunyian, godaan dan konflik perasaan dan menemui penonton mulai 21 Januari lalu, setiap Isnin hingga Khamis, pukul 10 malam dalam slot Samarinda di TV3 serta platform penstriman iQIYI.

Drama 20 episod ini menampilkan gandingan hebat Zul Ariffin, Sophia Albarakbah dan Uqasha Senrose arahan sutradara Jamal Khan dengan nukilan skrip oleh Rozie Rashid dan Zakinah Ab Zarith. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast