Logo Universiti Kebangsaan Malaysia

KUALA LUMPUR – Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil maklum berkenaan penyebaran kandungan di media berkaitan isu pemecatan dan penamatan kontrak lebih 20 orang staf UKM seperti dilaporkan.

Universiti itu dalam kenyataan menjelaskan, sebarang keputusan berhubung pelantikan, penyambungan atau penamatan kontrak dilaksanakan selaras dengan peruntukan undang-undang, kuasa statutori serta proses pentadbiran yang telah ditetapkan.

“UKM sentiasa mematuhi peraturan dan garis panduan pelantikan staf yang digariskan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Setiap keputusan yang dibuat adalah mengikut prosedur pelantikan kakitangan awam dan proses pusingan kerja melalui pertimbangan profesional dan menyeluruh, berdasarkan keperluan serta kelestarian organisasi jangka masa panjang,” katanya, hari ini.

Pihak universiti akan terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan mandatnya sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi awam di Malaysia. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast