KUANTAN – Dua individu ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar selepas terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Porshe di Mentakab, Temerloh berhampiran Stesen Minyak Petronas Taman Tualang Indah pagi tadi.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian mendapati sebuah Proton Preve yang dinaiki seorang lelaki dan seorang wanita musnah sepenuhnya.
Manakala kenderaan Porshe Cayenne tidak terbakar.
Katanya, anggota bomba terpaksa memotong struktur kenderaan untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa
“Pemandu Porshe pula tidak ditemukan di lokasi kemalangan tetapi meninggalkan seorang penumpang lelaki dewasa yang cedera,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kedua-dua mangsa yang rentung kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut. – MalaysiaGazette
















