Khirul Muntanazar cedera selepas MPV dipandu terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Pasir Gudang, hari ini.

PASIR GUDANG – Timbalan Pesuruhjaya Pas Johor, Khirul Muntanazar Ismail cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu terbabas sebelum terbalik di Lebuhraya Pasir Gudang menghala ke Tanjung Puteri Resort di sini hari ini.

Pas Johor dalam satu kenyataan memberitahu, semasa kejadian tersebut isteri serta seorang anaknya turut menaiki MPV tersebut tetapi terselamat.

“Isteri serta anaknya dilaporkan tidak mengalami sebarang kecederaan. Hasil pemeriksaan sinar-X mendapati beliau mengalami patah pada bahagian tangan kiri dan memerlukan pembedahan segera bagi pemasangan besi.

“Keadaan kesihatan keseluruhan beliau adalah stabil. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala urusan rawatan serta mengurniakan kesembuhan yang segera kepada beliau,” katanya dalam kenyataan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast