Gelagat kanak-kanak dan penerima pada Program Shopping Raya 2026 Bersama Anak-Anak Asnaf dan Pelajar Tahfiz Zon Tengah di Mydin Mall, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2026

SUBANG JAYA –  Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (PEKEMA) memperuntukkan RM720,000 untuk disumbangkan kepada 3,600 anak-anak asnaf dan golongan yang tidak berkemampuan.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin sumbangan berkenaan merupakan ‘acara tradisi’ persatuan itu untuk menceriakan golongan yang tidak bernasib baik.

Gelagat kanak-kanak dan penerima pada Program Shopping Raya 2026 Bersama Anak-Anak Asnaf dan Pelajar Tahfiz Zon Tengah di Mydin Mall, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2026

“(Daripada jumlah keseluruhan itu), setiap anak snaf akan mendapat sebanyak RM200 untuk keperluan Hari Raya,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di Program Shopping Raya 2026 Anak-Anak Asnaf dan Pelajar Tahfzi Zon Tengah Bersama Yayasan Pekema di sini, hari ini.

Menurut beliau, seramai 10 kumpulan anak asnaf dan golongan tidak berkemampuan sekitar Lembah Klang menerima sumbangan RM200 daripada PEKEMA untuk berbelanja pakaian Hari Raya Aidilfitri.

“Antaranya (anak-anak anaf) daripada Bukit Lanchong, Setia Alam, Klang, Selayang dan Semenyih,”tambahnya.

Dalam pada itu, Mohammed Nazari berkata PEKEMA tahun ini memulakan sumbangan kepada bekas atlet tanah air yang memerlukan.

Mohamed Nazari Nordin mengenakan baju melayu kepada kanak-kanak penerima pada Program Shopping Raya 2026 Bersama Anak-Anak Asnaf dan Pelajar Tahfiz Zon Tengah di Mydin Mall, Subang Jaya. Foto SADIQ SANI, 21 FEBRUARI 2026

Ujarnya, tahun ini sebanyak 10 bekas atlet yang memerlukan menerima sumbangan RM3,000.

“Jadi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) memberikan kita senarai nama bekas atlet, yang diberikan menjelang Hari Raya.

“Ini sumbangan untuk setiap bekas atlet yang memerlukan kerana telah menyumbang jasa kepada negara dan mereka dalam kalangan yang tiada pekerjaan dan cedera disebabkan oleh penglibatan mereka di dalam sukan,” katanya lagi.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast