Salah satu daripada tujuh kontena yang disita AKPS dalam operasi di Pelabuhan Klang, semalam.

KUALA LUMPUR – Susu UHT, itik beku dan susu tepung bernilai hamper RM2 juta dalam kontena di Pelabuhan Klang, di sita petang semalam.

Tindakan oleh Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Pelabuhan Klang itu dilaksanakan selepas mengesan tujuh buah kontena yang membawa masuk dagangan dalam satu operasi di Pusat Pemeriksaan Kontena CFS 4, Pelabuhan Klang Barat antara jam 11 pagi hingga 2 petang.

Jumlah keseluruhan nilai rampasan dianggarkan sebanyak RM1,917,292.54 melibatkan berat keseluruhan sebanyak 159,157.93 kilogram.

Menurutnya, susu UHT dan susu tepung itu datang dari New Zealand.

Manakala itik beku dari Ireland.

Katanya, kesemua dagangan tersebut telah disita bagi mencegah risiko kemasukan penyakit haiwan serta memastikan aspek keselamatan makanan dan kepentingan kesihatan awam negara terus terpelihara. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast