Seorang lelaki yang ditahan akibat memiliki bahan terlarang.

SANDAKAN – Dua lelaki ditahan polis kerana disyaki memiliki dadah jenis syabu dalam Ops Tapis yang dijalankan di sekitar kawasan rumah setinggan Jalan Kuarters JKR, Batu 1 ½ dan Kampung Sim-Sim, semalam.

Operasi dijalankan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah (BSJND) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan antara jam 11 pagi hingga 4 petang. 

Menurut polis, serbuan dilakukan di dua rumah berasingan sebelum berjaya menahan kedua-dua suspek kerana memiliki bahan disyaki dadah. 

Suspek kemudian dibawa ke pejabat BSJND IPD Sandakan untuk tindakan lanjut.

Hasil ujian saringan awal air kencing mendapati semua suspek positif dadah jenis methamphetamine dan amphetamine.

Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, polis memaklumkan operasi itu merupakan sebahagian usaha berterusan bagi membanteras pengedaran dan penyalahgunaan dadah di daerah Sandakan. – MalaysiaGazette



IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast