LONDON – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mengecam tindakan segelintir penyokong Leeds mengejek pemain kelab itu, Omar Marmoush yang berbuka puasa ketika aksi kedua-dua pasukan semalam.
Ketika insiden itu, jelas kedengaran suara ejekan penyokong Leeds terhadap pemain yang berbuka puasa membuatkan Guardiola kecewa kerana penyokong tuan rumah langsung tidak menghormati agama orang lain yang berbeza.
“Ada orang yang sedang berpuasa kerana Ramadan. Kenapa kamu boo apabila permainan dihentikan selama satu atau dua minit?
“Tunjukkan rasa hormat kepada agama lain! Kita hidup di dunia moden, bukan? Tengok apa yang sedang berlaku di dunia sekarang. Lihat apa yang berlaku hari ini.
“Mereka persoalkan boleh ke buat macam itu menghentikan perlawanan untuk memberikan ruang kepada pemain beragama Islam berbuka puasa atas padang]?
“Berhenti sekejap selama seminit untuk melakukannya. Apa masalahnya? Intinya di sini adalah untuk menghormati semua agama. Apa masalahnya?” katanya dalam sidang media selepas perlawanan berakhir.
Pada aksi yang berlangsung di Elland Road, Man City berjaya membawa pulang tiga mata untuk merapatkan jurang mata kepada dua mata sahaja daripada Arsenal selepas jumlah perlawanan yang sama.
Pelawat berhempas pulas mempertahankan gol tunggal mereka yang dijaringkan oleh Semenyo pada lewat masa kecederaan separuh masa pertama.
Arsenal akan turun menentang Chelsea pada aksi tumpuan minggu ini untuk bersaing untuk kejuaraan EPL musim ini. – Agensi
















