Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan Industri, Datuk Seri Johari Ghani berucap pada Majlis Sentuhan Ramadan Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk di Madrasah Rajaiyah @Surau Jawa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 MAC 2026

KUALA LUMPUR – Konflik peperangan Iran dan Israel akan memberi beri kesan kepada aliran perdagangan negara di dunia, kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani

Jelas Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri itu, Malaysia juga tidak terlepas apabila terdapat penerbangan yang terpaksa berpatah balik dan dilencongkan ke negara lain.

Jelas beliau, ia akan menyebabkan gangguan kepada ekonomi yang memberi kesan kepada semua negara.

“Pada ketika ini sudah tentu apabila berlaku mana-mana perperangan sudah tentu dia akan menjejaskan kita punya aliran perdagangaan.

“Jadi kadang-kadang bila kapal terbang hendak masuk ke kawasan, tidak boleh macam semalam bBerapa banyak kapal terbang kena patah balik dan ada yang belum terbang tidak boleh terbang.

“Jadi ini merupakan salah satu gangguan ekonomi kita dan bukan kita sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas hadir Majlis Sentuhan Ramadan Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk anjuran Majlis Belia Wilayah Persekutuan (MBWP) di Madrasah Rajaiyah @Surau Jawa, Kampung Bharu di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai kesan konflik perang Iran dan Isreal kepada perdagangan negara ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa merangkap Menteri Pelaburan, Perdagangan Industri, Datuk Seri Johari Ghani hadir Majlis Sentuhan Ramadan Memasak dan Mengedar Bubur Lambuk di Madrasah Rajaiyah @Surau Jawa, Kampung Bharu, Kuala Lumpur. Foto MUHAIMIN MARWAN, 1 MAC 2026

Semalam, dua pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang masing-masing dalam penerbangan antarabangsa berpatah balik dan dilencongkan berikutan kemungkinan ketegangan di ruang udara sekitar Iran.

MAS dalam kenyataan berkata, penerbangan MH160 dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Doha berpatah balik ke Kuala Lumpur manakala MH156 ke Jeddah dilencongkan ke Chennai, India berikutan nasihat keselamatan dan ‘peningkatan risiko ruang udara’.

Selain itu, kita-kira 55 jemaah umrah warga Malaysia di bawah kendalian sebuah agensi kini terkandas di Jeddah selepas penerbangan pulang mereka yang dijadualkan pada awal pagi Sabtu dibatalkan.

Johari yang Ahli Parlimen Titiwangsa menambah, semua negara akan berdepan gangguan selepas terdapat pergerakan yang sudah tentu akan menyebabkan risiko yang tinggi.

“Maka perdagangan akan tergendala atau dia mungkin melalui jalan yang lebih jauh daripada normal. Jadi ekonomi kalau dia berterusan sudah tentu akan terjejas,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast