RIYADH – Serpihan yang jatuh daripada dron Iran yang dipintas telah menyebabkan “kebakaran kecil” di kilang penapisan minyak Aramco di Ras Tanura, Arab Saudi.

Jurucakap Kementerian Pertahanan Arab Saudi, Turki al-Maliki memberitahu Al Arabiya, dua dron dipintas berhampiran kemudahan tersebut dan serpihan daripada salah satu dron mencetuskan kebakaran.

Kementerian tenaga Arab Saudi memaklumkan, kebakaran itu kini dalam kawalan dan tidak menjejaskan bekalan minyak.

Serentak itu, kilang penapisan tersebut ditutup sebagai langkah berjaga-jaga.

Kompleks Ras Tanura, yang terletak di pantai timur Arab Saudi, menempatkan salah satu kilang penapisan terbesar di Timur Tengah dengan kapasiti 550,000 tong sehari, lapor AFP.

Ia juga berfungsi sebagai salah satu pelabuhan minyak terbesar di dunia.

Di Kuwait, asap kelihatan di ruang udara sebuah stesen janakuasa di utara negara tersebut.

Syarikat minyak negara, Kuwait National Petroleum Company melaporkan, serpihan jatuh di kilang penapisan Mina Al-Ahmadi, salah satu yang terbesar di negara itu, mencederakan dua pekerja tetapi tidak mengganggu operasi. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast