KUALA LUMPUR – Konsulat Jeneral Malaysia di Jeddah memaklumkan pendaftaran bagi  inisiatif membawa pulang rakyat Malaysia yang terkandas di Jeddah, Mekah, Madinah dan Taif akan ditutup pada jam 7 pagi, Ahad waktu Arab Saudi (jam 12 tengahari waktu Malaysia).

Oleh yang demikian, rakyat Malaysia terkandas dan berhasrat untuk pulang ke tanah air perlu mengisi borang pendaftaran pada pautan https://forms.gle/goS1vqsSpneNbGhv6  sebelum waktu yang ditetapkan.

Pada 5 Mac lalu, Wisma Putra memaklumkan, kerajaan Malaysia memutuskan membawa pulang rakyat negara ini dari Arab Saudi yang memilih untuk pulang secara sukarela.

Inisiatif itu katanya, adalah bersifat sehala (one-way) dari Jeddah dan/atau Madinah ke Kuala Lumpur dan disediakan khusus bagi membantu rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air dalam situasi semasa.

Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Barat Arab Saudi (Jeddah, Mekah, Taif dan Madinah) bagi tujuan lawatan sementara atau menunaikan ibadah (umrah atau ziarah), khususnya mereka yang terkesan akibat gangguan perjalanan susulan pembatalan penerbangan bermula pada 28 Februari 2026 hingga kini. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast