Benjamin Netanyahu . Foto Anadolu Agency

ISTANBULBenjamin Netanyahu berikrar puntuk meneruskan perang terhadap Iran, sambil mendakwa Israel mempunyai “pelan penuh kejutan” bagi melemahkan negara tersebut.

Dalam satu sidang media, Netanyahu berkata, Israel  meneruskan perang terhadap Iran dengan kekuatan penuh.

“Israel telah mengubah wajah Asia Barat seperti yang dijanjikan selepas peristiwa 7 Oktober, dan ia juga telah mengubah dirinya sendiri,” katanya lapor Anadolu.

Beliau turut mendakwa telah membuat keputusan berisiko tinggi untuk menyingkirkan musuh-musuh Israel.

Pada 7 Oktober 2023, Hamas bersama beberapa kumpulan Palestin melancarkan operasi Al-Aqsa Flood dengan menyerang 11 pangkalan tentera Israel dan 22 penempatan, yang menurut mereka bertujuan menamatkan sekatan ke atas Semenanjung Gaza  serta menggagalkan rancangan Israel untuk menghapuskan perjuangan Palestin.

Sebagai tindak balas, Tel Aviv melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran terhadap wilayah Palestin itu yang berlanjutan selama dua tahun.

Satu perjanjian gencatan senjata dicapai pada Oktober 2025, namun sejak ia berkuat kuasa, tentera Israel dilaporkan terus melanggar perjanjian itu melalui serangan bom dan tembakan.

Sejak 28 Februari lalu, Israel dan Amerika Syarikat melancarkan serangan ke atas Iran yang mengorbankan ratusan orang, termasuk pemimpin tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei serta beberapa pegawai keselamatan.

Sebagai tindak balas, Tehran melancarkan gelombang serangan peluru berpandu dan dron ke arah Israel.

Iran juga menyasarkan kepentingan Amerika Syarikat di beberapa negara Teluk dan Jordan menggunakan peluru berpandu dan dron.

Sebahagian serangan tersebut mengakibatkan kematian, kecederaan serta kerosakan kemudahan awam, sekali gus mendapat kecaman negara Arab yang terlibat yang menuntut serangan dihentikan.

Terdahulu pada Sabtu, Presiden Iran Masoud Pezeshkian berjanji akan menghentikan serangan terhadap negara jiran kecuali sekiranya serangan terhadap Iran dilancarkan dari wilayah mereka.

Namun, serangan dilaporkan kembali berlaku terhadap Kuwait, Arab Saudi, Bahrain, Emiriah Arab Bersatu dan Iraq. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast