Hussein Omar Khan memaklumkan pihak Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) berjaya menumpaskan satu lagi sindiket pengedaran dadah dalam serbuan di sekitar Kuala Lumpur pada 5 Mac 2026.
Dalam operasi tersebut, tiga lelaki tempatan berusia antara 27 hingga 38 tahun ditahan selepas polis menyerbu sebuah lori di hadapan rumah teres di kawasan Taman Seri Rampai.














