Alan McDonald (kiri) telah ditangkap, Brendan Bartley (tengah) and Darryl Councillor masih bebas.

PERTH – Anggota polis berjaya menangkap 7 daripada 10 banduan yang melarikan diri dan kini pihak berkuasa keselamatan itu sedang memburu bagi 3 lagi banduan terlepas dari tahanan.

Menurut polis, kejadian berlaku di Penjara Greenough yang terletak 400 kilometer di utara Perth.

Kesemua banduan dikatakan merusuh sebelum melarikan diri dengan memecah pejabat penjara dan menyerang pegawai penjara yang cuba menghalang mereka.

“Mereka juga telah menyerang tiga penjaga penjara dengan semburan bahan kimia,” kata seorang ahli kesatuan pegawai penjara kepada pemberita.

Beberapa peralatan yang digunakan oleh mereka tidak dikenali kerana ia bukan milik penjara, ujarnya. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast