Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh.

KUALA LUMPUR – Tindakan tegas bukan sahaja perlu dikenakan kepada individu didakwa meminjak trisula tetapi juga ke atas mereka yang ekstremis yang mengugut dengan kekerasan, menyerang rumah dan membakar kereta orang.

Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Akmal Saleh berkata, ia kerana tindakan ekstremis itu jauh lebih berbahaya.

Lantaran itu, tegasnya, tindakan tegas dan keras perlu dikenakan ke atas mereka ini.

“Jangan lihat sebelah pihak sahaja,pihak yang sebelah sana juga perlu dihukum!!,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas desakan pihak-pihak tertentu yang mahukan tindakan tegas dikenakan ke atas seorang aktivis selepas klip video yang didakwa menunjukkan dia menghina simbol agama Hindu.

Baru-baru ini, tiga kereta milik seorang individu dikenali sebagai Cikgu Chandra dibakar, dipercayai dilakukan oleh sekumpulan lelaki yang tidak dikenali.

Sebelum kejadian itu, rumah Cikgu Chandra di Puchong didakwa telah diserang sekumpulan lelaki yang memecahkan cermin kereta serta tingkap kediamannya.

Serangan ini berlaku hanya beberapa hari selepas seorang pendakwah bebas terkenal, Zamri Vinoth, diserang sekumpulan lelaki ketika berada di dalam keretanya.

Sebelum kejadian-kejadian ini, tular kejadian seorang pelajar universiti, S. Vikneswaran meminjak al-Quran.

Penuntut in didakwa mengikut Seksyen 295 Kanun Keseksaan kerana mencemarkan objek yang dianggap suci, iaitu al-Quran, dengan memijaknya, yang perbuatan tersebut dilakukan dengan pengetahuan bahawa ia suatu penghinaan terhadap Islam.

Seksyen 295 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara hingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Dia juga didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 kerana membuat dan memulakan suatu hantaran komunikasi yang bersifat jelik melampau dengan niat untuk menyakitkan hati orang lain melalui aplikasi Threads.

Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 memperuntukkan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara hingga dua tahun atau kedua-duanya sekali. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast