KUALA LUMPUR – Pengendali rangkaian pawagam, MBO Cinemas Sdn Bhd, bakal menamatkan operasi secara kekal selepas beroperasi semula selama lima tahun pasca Covid-19.
Syarikat itu dalam kenyataannya berkata, mereka menghargai sokongan pelanggan yang memilih MBO Cinemas untuk menikmati pengalaman sinematik mereka.
“Segala sorakan dan gelak tawa di dewan yang penuh, hinggalah detik-detik sunyi ketika babak menyentuh hati, amat bermakna buat kami.
“Daripada kami di MBO Cinemas, terima kasih kerana memenuhi tempat duduk dan juga hati kami,” kata syarikat itu.
Rangkaian pawagam tersebut menutup cawangannya di Malaysia pada 2020 susulan pandemik Covid-19.
Ia kembali beroperasi pada tahun berikutnya di bawah pengurusan baharu selepas Golden Screen Cinemas mengambil alih asetnya.
MBO Cinemas mengendalikan lapan cawangan yang terletak di Selangor, Melaka, Perak dan Johor. -MalaysiaGazette
















