King Sing.

BUKIT MERTAJAM – Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) akan merangka strategi baharu bagi memperkukuh kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) susulan konflik yang sedang berlaku di Asia Barat.

Menterinya, Tiong King Sing berkata, satu mesyuarat akan diadakan esok bagi membincangkan langkah yang sesuai memandangkan situasi berkenaan memberi kesan kepada usaha promosi pelancongan negara.

“Konflik tersebut secara tidak langsung menjejaskan perancangan promosi yang sedang dilaksanakan oleh kementerian.Jadi kita akan rangka strategi baharu bagi melaksanakan promosi ini,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Iftar Ramadan sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 di Homestay Mengkuang Titi di sini hari ini.

Dalam perkembangan sama, King Sing berkata, kementerian juga memantau rapat gangguan jadual penerbangan melibatkan laluan ke Timur Tengah.

“Beberapa syarikat penerbangan utama termasuk Emirates dan Qatar Airways terpaksa membuat pelarasan jadual penerbangan susulan penutupan ruang udara di kawasan konflik,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast