Polis menahan 12 individu termasuk seorang wanita warga tempatan bagi membantu siasatan kes khianat dan ugutan jenayah yang berlaku di Taman Kinrara Puchong pada 9 dan 10 Mac lalu.
Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar dalam sidang media sebentar tadi berkata, kesemua 12 individu yang berumur di antara 30 hingga 40 tahun itu ditahan menerusi beberapa serbuan di sekitar kawasan Banting, Subang dan Serdang pada 12 hingga 15 Mac.















