Sempena menyambut Aidilfitri yang bakal tiba, Suria FM dengan kerjasama Toyota melancarkan lagu dan muzik video (MV) Raya terbaharu berjudul “Gurindam Aidilfitri”,

KUALA LUMPUR – Stesen radio Suria FM muncul dengan kelainan bagi meraikan kehadiran bulan Syawal dengan sebuah lagu raya khas buat para pendengarnya berjudul Gurindam Aidilfitri.

Menariknya, penghasilan lagu tersebutyang turut mendapat kerjasama daripada syarikat automotif Toyota merupakan nyanyian gabungan suara semua barisan penyampai stesen berkenaan iaitu Fad, Ajak, Elly, Cik Piah, Chiwan, Kai, Irsyad dan DJ Lin.

Suria FM berkata, lagu Gurindam Aidilfitri menampilkan elemen muzik ceria dengan sentuhan moden dan tradisional yang mengangkat suasana Hari Raya penuh nostalgia serta nilai kekeluargaan.

“Muzik video lagu itu pula memaparkan pelbagai momen klasik Aidilfitri seperti memohon kemaafan, kunjung-mengunjung, berkongsi juadah raya serta merakam kenangan bersama keluarga dan sahabat.

“Konsep tersebut menekankan semangat  kebersamaan, memaafkan kesilapan lalu dan mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat,” kata stesen radio swasta itu dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Sementara itu, Suria FM turut memperkenalkan Gurindam Aidilfitri Dance Challenge bagi memeriahkan lagi pelancaran lagu berkenaan.

Peserta hanya perlu mengikuti langkah tarian rasmi seperti yang dipaparkan dalam muzik video tersebut dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM3,000.

Peserta perlu mengikuti langkah tarian rasmi seperti yang dipaparkan dalam muzik video tersebut yang boleh ditonton di muzik video penuh “Gurindam Aidilfitri” di saluran YouTube rasmi Suria FM, Suria Malaysia serta mengikuti maklumat lanjut mengenai cabaran ini melalui platform media sosial rasmi Suria FM, Suria Malaysia.

Orang ramai juga digalakkan untuk menyertai cabaran ini bersama ahli keluarga dan rakan-rakan kerana konsepnya mudah iaitu lagi ramai, lagi meriah. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast