Andrew Brunson. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donald Trump dan Naib Presiden, Mike Pence mengancam untuk mengenakan sekatan ke atas Turki jika negara itu gagal membebaskan paderi Andrew Brunson.

Brunson telah ditahan hampir dua tahun kerana mempunyai kaitan dengan kumpulan-kumpulan politik yang diharamkan.

Trump menuntut pembebasan segera Brunson, atau Turki dikenakan sekatan besar.

Bagaimanapun Menteri Luar Turki menganggap tuntutan Amerika Syarikat itu tidak boleh diterima.

“Tiada ada sesiapa yang boleh memberi arahan kepada Turki dan mengancam negara kami,” kata Hami Aksoy.

Brunson adalah penduduk jangka panjang di Turki yang menetap di negara itu bersama isteri dan tiga anaknya.

Beliau seorang paderi di sebuah gereja di Izmir.

Pihak berkuasa Turki mendakwa beliau ada kaitan dengan Parti Pekerja Kurdistan dan pergerakan Gulen – yang dikatakan bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa pada tahun 2016.

Brunson bagaimanapun menafikan dakwaan itu tetapi beliau berhadapan dengan hukuman penjara selama 35 tahun jika didapati bersalah.

Beliau kini dikenakan tahanan dalam rumah disebabkan masalah kesihatan tetapi Setiauasa Negara Amerika Syarikat, Mike Pompeo berkata, tindakan itu masih belum mencukupi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast