Tangkap layar video yang tular memaparkan seorang lelaki seorang lelaki berang sambil bertikam lidah dengan seorang wanita dan lelaki di hadapan kedai buah di pekan Tangkak.

TANGKAK – Perselisihan faham antara keluarga menjadi punca dua pihak bergaduh di hadapan kedai buah di Jalan Payamas-Tangkak, pekan Tangkak di sini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Tangkak, Deputi Superintendan Jamellulkamal Abdul Halim berkata, perselisihan faham tersebut melibatkan dia buah kenderaan.

Bagaimanapun katanya, pihaknya tidak menerima sebarang laporan polis daripada mana-mana pihak yang terlibat.

“Begitu juga tiada laporan berkaitan kemalangan atau kesalahan trafik diterima berhubung insiden tersebut.

“Difahamkan kedua-dua pihak telah memilih untuk menyelesaikan perkara itu secara dalaman bersama-sama keluarga tanpa melibatkan tindakan pihak polis,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebelum itu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak semalam mengesan video kejadian tersebut yang tular dalam media sosial yang mendakwa puncanya akibat perselisihan faham.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang awam untuk tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih.

Tambahnya, jika terdapat sebarang kejadian yang melibatkan keselamatan atau ketenteraman awam boleh menghubungi bilik gerakan IPD Tangkak 06-978 5222.

Terdahulu tular video berdurasi 37 saat memaparkan beberapa buah kereta berhenti di tepi jalan dan seorang lelaki berang sambil bertikam lidah dengan seorang wanita dan lelaki.

Lelaki berkenaan yang kelihatan agresif kemudian cuba membuka baju dipercayai untuk mengajak bergaduh namun ditenangkan orang ramai yang berada di situ.- MalaysiaGazette

 

 

 

 

 

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast