Blogger Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papagomo bersyukur selepas didenda RM4,000 oleh Mahkamah Sesyen, membolehkannya terus bersama keluarga.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada peguamnya dan menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati membuat kenyataan di media sosial.















