Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap pada sidang media berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balik di antara Amerika Syarikat dan Malaysia di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya. Foto SADIQ SANI, 03 NOVEMBER 2025

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan tidak pernah bersetuju dengan peperangan dan tidak boleh menerima idea pembunuhan manusia adalah jalan penyelesaian kepada sesuatu masalah.

Sedangkan menurut beliau, masih banyak cara lain untuk menyelesaikan masalah, malah kaedah-kaedah tersebut lebih baik, mampu mengurangkan korban nyawa serta kerosakan harta-benda.

Kosnya juga lebih rendah, kata tokoh yang terkenal anti-perang di peringkat dunia itu.

“Namun perang adalah mengenai membunuh manusia dan pembunuhan secara besar- besaran.

“Saya tidak faham mengapa masih ada manusia yang menerima perang sebagai penyelesaian kepada konflik,” katanya dalam hantaran di Facebook, hari ini.

Jelas Dr Mahathir, konflik boleh diselesaikan dengan mengurangkan retorik dan mengambil tindakan segera menerusi cara lain seperti rundingan, timbang tara atau mahkamah undang-undang.

Katanya, manusia dianugerahkan keupayaan berfikir yang sepatutnya dimanfaatkan untuk menilai baik dan buruk sesuatu penyelesaian, bukannya bergantung kepada kekerasan atau peperangan.

Tegasnya, beliau sentiasa percaya rundingan aman adalah kaedah terbaik dalam menyelesaikan sebarang konflik.

Sehubungan itu, Dr Mahathir menyeru semua pihak agar menghentikan peperangan dengan kadar segera. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast